
Saya tertarik dengan buku ini. Segala konspirasi , penipuan , dan agenda Zionis terbongkar dalam hanya satu buku ini. Sememangnya buku ini harus dimiliki oleh setiap orang supaya kita tidak lagi ditipu oleh golongan elit zionis. Berikut saya lampirkan beberapa ucapan yang terdapat dalam buku tersebut.
" Certainly not all Muslims are terrorist. Like any other collection of human beings, they can as individuals be good or evil , kind or cruel , intelligent or stupid , sweet or sour . But it would be dishonest to ignore the plain truth that Islam has become an especially fertile breeding-ground of terrorism in our time . This can only mean that there is something in the religion itself that legitimises the likes of Osama Bin Ladin , and indeed there is : the obligation imposed by the Koran to wage Holy War , or Jihad against the infidels."
-Norman Podhoretz-
" Those war games were conducted atop World Trade Center One ; the resulting briefings were offered throughout the Pentagon . When both buildings came under attack on 9-11 my research immediately shifted from Grand Theory to Grand Strategy."
-Thomas P.M Barnett-
" We should prepare to go over to the offensive. Our aim is to smash Lebanon , Trans-Jordan and Syria. The weak point is Lebanon , for the Moslem regime is artificial and easy for us to undermine. We shall establish a Christian state there and then we will smash the Arab Legion , eliminate Trans-Jordan ; Syria will fall to us. We then bomb and move on and take Port Said , Alexandria and Sinai.
-David Ben Gurion to the General Staff,May,1948-
Sunday, March 7, 2010
Agenda Zionis
Posted by thinker at Sunday, March 07, 2010 0 comments
Friday, February 5, 2010
Mencari Titik Persamaan
Engkau sunni , aku syiah , mana sama dengan aku. Engkau Pas , aku Umno mana boleh berkawan. Aku PKR , engkau UMNO jauh panggang dari api. Inilah fenomena yang sering kita lihat. Satu pihak yang sama jenis tapi berpecah kepada beberapa bahagian.
Segala perbezaan yang wujud bukanlah kerana kita yang membezakannya tetapi Allah Azza Wajalla yang telah membezakannya. Allah telah menyatakan bahawa Dia jadikan manusia itu pelbagai bangsa , suku , kulit dan fahaman agar kita saling kenal-mengenali. Kalaulah Allah telah berkata begini , mengapa kita saling memusuhi orang lain , malahan berlakunya kafir-mengkafir. Nauzubillah.
Orang melayu mempunyai tiga parti - PAS , PKR , UMNO. Memang perjuangan parti berbeza tetapi hakikatnya tidaklah jauh berbeza. Tidak salah kita menjadi ahli parti mana-mana pun kerana semuanya membela nasib rakyat. Dan tidak salah untuk kita berbeza ideologi politik kerana perbezaan ideologi politik sudah pun berlaku sejak zaman para anbiya.
Cuma permasalahannya ialah mengapa kita memusuhi orang kita sendiri? Maki-hamun , cerca-mencerca , tuduh-menuduh , kafir-mengkafir dan macam-macam lagi yang kita lemparkan kepada orang kita musuhi. Kalaulah orang lain membuat kesilapan , tegurlah dengan berhemah. Kalau berbeza pendapat , hormatilah pendapatnya. Sedih tatkala melihatkan orang Melayu memusuhi orang melayu. Kita sama rumpun , sama agama tetapi bergaduh. Kalaulah fenomena ini berterusan bagaimana kita hendak menerangkan kepada orang lain bahawa orang melayu berbudi bahasa , agama islam menganjurkan kedamaian?
Oleh itu , wajarlah kita mencari titik persamaan antara kita dan jadikan titik persamaan itu kekuatan kita untuk menghadapi musuh-musuh dari luar. Alangkah indahnya apabila kita dapat mengenali orang yang berbeza dengan kita.
Posted by thinker at Friday, February 05, 2010 0 comments
Friday, January 15, 2010
Jangan jadi Penonton Buta
Kadang-kadang muncul cerita , drama , atau filem islamik. Kebiasaannya cerita-cerita islamik mampu menawan jutaan penonton. Untuk seketika ia menjadi fenomena. Memang diakui ceritanya menarik dan isinya dekat dengan penonton.
Di sebalik kegilaan penonton terhadap cerita islamik itu , kita tahu bahawa kebanyakan cerita islamik tidaklah islamik sepenuhnya. Dalam cerita suami isteri tetapi di luar , bukan suami isteri. Dalam cerita pakai tudung , di luar tak pakai tudung.
Kita tidak tahu apa tujuan dan niat sebenar si pengarah menghasilkan cerita berkenaan. Adakah untuk mengelirukan umat islam ? Adakah pengarah betul-betul hendak memaparkan cerita islamik tetapi tidak punya ilmu agama yang benar-benar jitu?
Walau apa pun , sebagai umat islam kita harus menghayati mesej dan iktibar yang ingin disampaikan. Kalau ada yang buruk , kita buanglah ia. Kalau kita meminati sesuatu cerita itu , janganlah jadi 'penonton buta'. Tahu hendak cerita seronok dan memuaskan hati saja. Jadilah penonton yang berhemah. Yang mahu dirinya terhibur dan juga dapat mengambil mesej yang disampaikan.
Posted by thinker at Friday, January 15, 2010 0 comments
Sunday, January 10, 2010
Me'malaysia'kan ilmu

Ilmu harus dicari tidak kira tempat , umur , dan ragam. Dalam erti kata ingin memajukan sesebuah negara , pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi teras dan faktor utama. Oleh sebab itu , kerajaan telah pun menyediakan peruntukan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bukanlah disebabkan sukatan pelajaran di Malaysia tidak bermutu tetapi adalah disebabkan cara pembelajaran , suasana , dan cara pemikiran pelajar di universiti luar negara lebih baik. Perkara ini harus diakui. Kerajaan telah lamanya berpendapat pelajar-pelajar yang dihantar ke luar negara ini akan menjadi pelajar yang bermutu tinggi dan setanding dengan pelajar antarabangsa.
Sebagai contoh , pelajar Malaysia yang mengambil bidang kejuruteraan akan belajar di universiti luar negara dan kemudiannya akan pulang semula ke Malaysia untuk bekerja. Pelajar ini akan bekerja dengan syarikat-syarikat yang terkemuka dan akhirnya akan menjadi orang besar. Ilmu yang didapatinya di luar negara boleh juga didapati di universiti tempatan. Tetapi , harus diingat bahawa teknologi dan pendedahan teknologi di luar negara terutamanya negara maju, adalah jauh lebih hebat dan terkehadapan.
Walaupun subjeknya sama tetapi subjek tersebut diasimilasi dengan pengaruh setempat. Subjek Business Administration misalnya, di Malaysia kita didedah dengan cara perniagaan di Malaysia. Kalau di A.S misalnya , kita didedah dengan cara perniagaan Wall Street. Perbezaan pengaruh setempat inilah yang membezakan pelajar Malaysia dengan pelajar luar negara.
Ilmu , skil , dan teknik yang dipelajari di luar negara harus dibawa masuk ke dalam negara dan me'malaysia'kannya agar sesuai dengan budaya setempat. Dalam buku karangan Samuel p. Huntington , The Clash of Civilisation & The Remaking of World Order telah menyatakan bahawa U.S menjadi negara maju dalam masa 58 tahun dan Jepun pula mengambil masa 33 tahun. Rahsia Jepun maju dengan cepat ialah mengkaji dan meminjam teknik , ilmu , dan institusi Barat. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diubah , diperbaiki , dan diasimilasi dengan budaya Jepun. U.S berkembang lambat kerana mereka berusaha sendiri untuk mencapai pemodenan.
Satu perkara yang sangat jelas ialah kita tidak boleh berlagak pandai mencapai pemodenan dengan acuan sendiri. Kita harus belajar dari orang lain dan gunakan ilmu itu untuk Malaysia dengan cara Malaysia.
Posted by thinker at Sunday, January 10, 2010 1 comments
Friday, January 8, 2010
Kebangkitan Harimau Malaysia
Buat peminat sukan tanah air , tentunya mereka berasa amat teruja dan seronok melihat skuad bola sepak kebangsaan menang sukan SEA di Laos. Kemenangan ini telah membuka lembaran baru bagi bidang sukan tanah air. Mungkin takdir telah menentukan tahun 2010 adalah tahun sukan tanah air akan melonjak tinggi.
Berikut antara perkara yang dapat kita lihat dan mempunyai peluang yang cerah :
-kekuatan skuad bola sepak
-pembelian kelab West Ham oleh Dato Tony Fernandes
-kemunculan hero skuad berbasikal , Azizul Hasni Awang
-pengekalan status Dato Lee Chong Wei sebagai pemain no 1 dunia
-dan juga Dato Nicol Ann David
-penglibatan Malaysia dalam sukan permotoran berprestij F1
-dan juga dalam MotoGP
Kita bakal menyaksikan perkembangan pesat sukan di Malaysia pada tahun 2010 dan sukan-sukan yang berkembang ini diharapnya dapat membantu memperkembangkan juga sukan-sukan yang lain.Mungkin kita dapat melihat perkembangan sukan rali , ping pong , olahraga dan lain-lain lagi. Walau apa pun , kita tunggu dan lihat.
Posted by thinker at Friday, January 08, 2010 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
Kehidupan Seorang Remaja
Fitrah setiap remaja untuk berseronok dan bersuka ria. Saat bersama rakan-rakan merupakan detik keemasan untuk mengecapi keseronokan.Pergi menonton wayang, main boling , snuker , melepak , membeli belah , jamming , main permainan video adalah antara waktu berseronok. Tidaklah salah untuk berseronok kerana itu adalah fitrah remaja dan manusia amnya.
Apa yang salahnya ialah menjadikan setiap detik itu untuk berseronok. 24 jam bukan diperuntukkan untuk berseronok sahaja. 24 jam yang Allah berikan kepada kita itu harus dibahagikan kepada masa untuk belajar , bekerja , berseronok , makan , berehat , dan tidur.
Remaja harus sedar bahawa mereka bakal menjadi seorang dewasa dan akan bekerja. Remaja adalah modal insan yang amat bernilai untuk negara. Remaja adalah tenaga kerja yang menggerakkan kemajuan negara. Bahkan , dalam keadaan ekonomi di Malaysia pelabur asing tidak mahukan keluasan pasaran. Mereka mahukan modal insan berkemahiran tinggi dan memiliki nilai tambah yang jitu untuk memajukan perniagaan mereka.
Oleh itu , remaja haruslah bersedia untuk menghadapi hari sebagai seorang dewasa. Waktu menjadi seorang remaja haruslah dipenuhi dengan mempelajari ilmu-ilmu baharu , melengkapkan diri dengan berbagai-bagai kemahiran , memantapkan pemikiran kritis dan kreatif , serta memayungi diri dengan nilai integriti yang tinggi. Remaja tidak harus memenuhi masanya dengan berseronok sahaja.
Janganlah nanti salahkan kerajaan kerana tidak membantu siswazah yang menganggur. Diri sendiri yang salah , jangan nak salahkan orang lain.
Posted by thinker at Tuesday, December 29, 2009 2 comments
Thursday, December 24, 2009
Antara Benar dan Salah
Kita pasti pernah dengar perkataan WAHABI. Perkataan itu selalu dituturkan kini dan menjadi buah mulut masyarakat. Semuanya bermula dengan penangkapan mantan mufti Perlis, Dr.Asri Zainal Abidin yang ditangkap kononnya menyebarkan fahaman wahabi dan berceramah tanpa tauliah.
Orang menuduh beliau wahabi sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu wahabi. Tidak perlulah saya menyatakan asal usul wahabi itu kerana banyak maklumat yang boleh diperoleh dalam internet sendiri. Saya melihat situasi yang berlaku adalah pertembungan antara ilmu dan ilmu. Dr. Asri adalah tokoh tajdid(pembaharuan) yang amat disegani. Idea-idea yang dibawanya menjurus ke arah membetulkan akidah , amalan-amalan bidaah dan yang menyimpang dari syariah. Amat bagus tindakan beliau.
Namun , apabila idea yang dibawa itu berlainan dengan amalan kebiasaan di malaysia ini , terus beliau dituduh wahabi. Ini adalah adab yang salah. Ilmu harus bertembung ilmu , dalil dengan dalil, fakta dengan fakta, bukannya ilmu dengan emosi. Apabila ilmu bertemu emosi, maka inilah jadinya. Penuduhan secara melulu. Ini menampakkan si penuduh ini kecetekan ilmu. Tiada ilmu , maka digunakan saja emosi untuk melawan pendapat yang berbeza.
Qatadah pernah berkata "Barangsiapa yang tidak mengenal ikhtilaf(perbezaan pendapat) , maka dia belum mencium bau fiqh dengan hidungnya". Ini menunjukkan penuduh wahabi bukan saja cetek ilmu bahkan jauh dari ilmu fiqh. Dalam kajian kasar saya , saya melihat golongan yang menolak idea Dr. Asri secara total adalah golongan konservatif. Mereka terikat dan berpegang teguh kepada kepercayaannya tanpa was-was. Mereka banyak bertaqlid daripada berfikir dan mencari dalil. Golongan yang mendukung idea-idea Dr. Asri pula adalah golongan yang banyak berfikir secara rasional dan matang. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional.
Dalam apa-apa jua perbezaan pendapat , kita harus berlapang dada. Mungkin ada yang salah dalam idea Dr. Asri dan mungkin juga ada yang betul. Dalam amalan masyarakat kita pun begitu juga. Ada yang salah dan ada yang betul. Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh. Jangan hendak menuduh orang dengan gelaran yang bukan-bukan.
Posted by thinker at Thursday, December 24, 2009 0 comments