BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 28, 2010

Remaja Sebagai Penguasa Dunia

Fitrah remaja untuk bersuka ria. Remaja sukakan hiburan sehinggakan kadangkala ada yang berhibur berlebih-lebihan. Namun , remaja harus ingat bahawa mereka mempunyai tenaga yang paling kuat dalam hierarki peringkat manusia.

Persoalannya , ada apa pada tenaga itu? Adakah tuhan menciptakannya dengan sia-sia dan kenapa tenaga yang paling kuat diberikan kepada remaja? Fikirkanlah sendiri.

Kalau kita kembali ke dalam lipatan sejarah , kita dapat saksikan orang yang menakluk kota Constantinople adalah seorang remaja. Ibnu Sina pula menjadi seorang doktor seawal usia remaja.

Back to the future.

Pengasas Facebook adalah seorang remaja. Pelayar dunia juga seorang remaja. Bahkan pemain bola sepak terkenal dunia adalah rata-ratanya adalah remaja.

Kesimpulannya ,

Remaja dilahirkan oleh tuhan untuk menggegarkan dunia. Cerminlah diri sendiri sama ada usia remaja anda dimanfaatkan atau tidak.