BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 29, 2010

UPSR , PMR Dimansuh?

Boleh dikatakan rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan pemansuhan peperiksaan PMR dan UPSR. Namun , ada juga yang membangkang usul ini. Semua punyai pendapat masing-masing. Dan kesemuanya adalah betul , tidak ada yang betul. Yang ada hanyalah betul dan kurang betul.

Persoalan utama sekarang bukanlah isu pemansuhan. Isu sekarang ialah isu perubahan sistem pendidikan Malaysia. Apakah perubahan yang harus dilakukan untuk menambah baik sistem pendidikan Malaysia ? Pemansuhan PMR dan UPSR hanyalah sebahagian saja darinya.

Elemen utama yang harus diubah ialah pemikiran exam oriented. Kita terlalu menekankan kepada kecemerlangan atas kertas semata-mata.

Di sini , saya tidak bercadang untuk memberi idea ataupun cadangan kerana diri ini bukanlah pakar akademik mahupun ahli akademik. Cuma , saya mengharapkan pakar-pakar akademik dapat memperkenalkan sistem atau pendekatan pendidikan yang baru yang dapat menggantikan sistem yang lama. Bukanlah semata-mata membincangkan UPSR dan PMR dimansuhkan saja tetapi juga penggantian penilaian UPSR dan PMR.