BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 25, 2010

Berimpianlah!!

Anda pasti kenal Sheikh Muszaphar Shukor bukan? Tetapi adakah anda kenal tokoh ini pula , Tun Daim Zainuddin? Bagi yang tidak mengenali tokoh yang kedua ini , saya akan memperkenalkan beliau serba sedikit. Untuk maklumat lanjut bolehlah membuat rujukan sendiri.

Tun Daim Zainuddin adalah bekas menteri kewangan. Sebelum terlibat dalam politik , beliau adalah seorang peguam dan kemudiannya menjadi usahawan yang berjaya.

Kedua-dua tokoh ini mempunyai persamaan. Persamaan dalam mencapai kejayaan dalam hidup yakni IMPIAN. Ya, kedua mereka mempunyai impian sejak mereka kecil lagi. Yang seorang mahu menjadi angkasawan dan yang seorang pula mahu menjadi jutawan. Kedua-dua impian yang mereka tetapkan bukanlah impian yang biasa. Ianya luar biasa yang merentasi kotak fikiran mereka. Bagi seorang anak melayu untuk terfikir tentang dunia angkasa pada zaman 80'an , pasti sukar. Apatah lagi pada zaman tersebut mungkin kursus aeornautikal tidak wujud lagi. Tetapi anak melayu ini tidak pernah ragu-ragu untuk mencapai cita-citanya. Biarlah orang nak kata apa sekalipun , dia akan buktikannya satu hari nanti. Ternyata , impian yang ditaburi dengan keyakinan yang menggunung akhirnya menjadi realiti.

Begitu juga tokoh yang kedua ini. Beliau bukanlah orang yang berada mahupun sederhana. Beliau orang miskin. Sebaik-baik sahaja pulang daripada United Kingdom (Lincoln Inn School) , beliau nekad untuk menjadi jutawan. Keadaan keluarga yang miskin menjadi pembakar semangat dan keyakinan untuk berjaya mencapai cita-cita. Sekali lagi , impian yang ditaburi dengan keyakinan yang menggunung akhirnya menjadi realiti.

Mereka mempunyai impian yang berbeza tetapi cara yang sama. Iaitu berimpian dan yakin dengan impian kita. Cara ini sebenarnya selari dengan ajaran islam. Kita memohon atau berhajat kepada Allah azza wajalla kerana kita tahu bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kemudian kita yakin bahawa kita akan capai impian kita itu kerana kita yakin dengan kuasa Allah. Apabila kita yakin dengan Allah , Allah pula akan yakinkan kita. Sebab itu kedua-dua tokoh tersebut berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka yakin dengan Allah.

Konsep memohon - saya ingin mengajak pembaca untuk membuka minda. Kita perlu menyedari bahawa doa atau solat hajat bukanlah satu-satunya cara untuk memohon. Bahkan setiap perkataan yang kita tuturkan adalah doa. Begitu juga dengan imaginasi dan impian. Kita berfantasi itu dan ini , itu juga dikira doa. Apabila kita berimaginasi , berimpian , dan berfantasi itu bermakna bahawa kita sedang memohon supaya kita dapat apa yang kita fantasikan, imnpiankan dan imaginasikan.

Konsep yakin - setelah kita menanam impian , kita haruslah yakin dengan impian kita itu agar tidak menjadi seperti mat jenin. Kita harus yakin dengan diri sendiri dan dengan Allah. Dengan itu kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian kita itu. Sekiranya impian itu tidak terlaksana , kita harus menyedari bahawa Allah sedang merancang impian yang lebih besar untuk kita. Lebih baik dan lebih bagus.

Masalah dalam kebanyakan kita adalah tiadanya prinsip asas iaitu impian. Sekiranya terdapat 80 000 pelajar di malaysia , bermakna ada 80 000 impian jitu ( solid ambition ) tetapi perkara ini tidak berlaku. Masih ramai yang terpinga-pinga tanpa arah tuju yang jelas dalam hidup. Mereka seolah-olah menjadi hamba kepada kehidupan dan menjadikan takdir sebagai penentu hidup mereka. Ini adalah salah. Kita adalah tuhan kepada kehidupan dan kita juga adalah tuhan kepada diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan apa yang ingin kita capai di dunia. Namun , dalam masa yang sama kita tidak boleh sesekali lupa bahawa kita juga adalah hamba kepada Yang Esa.

Tetapkan impian yang luar biasa dan taburkan ia dengan benih keyakinan....