BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 15, 2010

Jangan jadi Penonton Buta

Kadang-kadang muncul cerita , drama , atau filem islamik. Kebiasaannya cerita-cerita islamik mampu menawan jutaan penonton. Untuk seketika ia menjadi fenomena. Memang diakui ceritanya menarik dan isinya dekat dengan penonton.

Di sebalik kegilaan penonton terhadap cerita islamik itu , kita tahu bahawa kebanyakan cerita islamik tidaklah islamik sepenuhnya. Dalam cerita suami isteri tetapi di luar , bukan suami isteri. Dalam cerita pakai tudung , di luar tak pakai tudung.

Kita tidak tahu apa tujuan dan niat sebenar si pengarah menghasilkan cerita berkenaan. Adakah untuk mengelirukan umat islam ? Adakah pengarah betul-betul hendak memaparkan cerita islamik tetapi tidak punya ilmu agama yang benar-benar jitu?

Walau apa pun , sebagai umat islam kita harus menghayati mesej dan iktibar yang ingin disampaikan. Kalau ada yang buruk , kita buanglah ia. Kalau kita meminati sesuatu cerita itu , janganlah jadi 'penonton buta'. Tahu hendak cerita seronok dan memuaskan hati saja. Jadilah penonton yang berhemah. Yang mahu dirinya terhibur dan juga dapat mengambil mesej yang disampaikan.

Sunday, January 10, 2010

Me'malaysia'kan ilmu












Ilmu harus dicari tidak kira tempat , umur , dan ragam. Dalam erti kata ingin memajukan sesebuah negara , pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi teras dan faktor utama. Oleh sebab itu , kerajaan telah pun menyediakan peruntukan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bukanlah disebabkan sukatan pelajaran di Malaysia tidak bermutu tetapi adalah disebabkan cara pembelajaran , suasana , dan cara pemikiran pelajar di universiti luar negara lebih baik. Perkara ini harus diakui. Kerajaan telah lamanya berpendapat pelajar-pelajar yang dihantar ke luar negara ini akan menjadi pelajar yang bermutu tinggi dan setanding dengan pelajar antarabangsa.

Sebagai contoh , pelajar Malaysia yang mengambil bidang kejuruteraan akan belajar di universiti luar negara dan kemudiannya akan pulang semula ke Malaysia untuk bekerja. Pelajar ini akan bekerja dengan syarikat-syarikat yang terkemuka dan akhirnya akan menjadi orang besar. Ilmu yang didapatinya di luar negara boleh juga didapati di universiti tempatan. Tetapi , harus diingat bahawa teknologi dan pendedahan teknologi di luar negara terutamanya negara maju, adalah jauh lebih hebat dan terkehadapan.

Walaupun subjeknya sama tetapi subjek tersebut diasimilasi dengan pengaruh setempat. Subjek Business Administration misalnya, di Malaysia kita didedah dengan cara perniagaan di Malaysia. Kalau di A.S misalnya , kita didedah dengan cara perniagaan Wall Street. Perbezaan pengaruh setempat inilah yang membezakan pelajar Malaysia dengan pelajar luar negara.

Ilmu , skil , dan teknik yang dipelajari di luar negara harus dibawa masuk ke dalam negara dan me'malaysia'kannya agar sesuai dengan budaya setempat. Dalam buku karangan Samuel p. Huntington , The Clash of Civilisation & The Remaking of World Order telah menyatakan bahawa U.S menjadi negara maju dalam masa 58 tahun dan Jepun pula mengambil masa 33 tahun. Rahsia Jepun maju dengan cepat ialah mengkaji dan meminjam teknik , ilmu , dan institusi Barat. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diubah , diperbaiki , dan diasimilasi dengan budaya Jepun. U.S berkembang lambat kerana mereka berusaha sendiri untuk mencapai pemodenan.

Satu perkara yang sangat jelas ialah kita tidak boleh berlagak pandai mencapai pemodenan dengan acuan sendiri. Kita harus belajar dari orang lain dan gunakan ilmu itu untuk Malaysia dengan cara Malaysia.

Friday, January 8, 2010

Kebangkitan Harimau Malaysia

Buat peminat sukan tanah air , tentunya mereka berasa amat teruja dan seronok melihat skuad bola sepak kebangsaan menang sukan SEA di Laos. Kemenangan ini telah membuka lembaran baru bagi bidang sukan tanah air. Mungkin takdir telah menentukan tahun 2010 adalah tahun sukan tanah air akan melonjak tinggi.

Berikut antara perkara yang dapat kita lihat dan mempunyai peluang yang cerah :

-kekuatan skuad bola sepak
-pembelian kelab West Ham oleh Dato Tony Fernandes
-kemunculan hero skuad berbasikal , Azizul Hasni Awang
-pengekalan status Dato Lee Chong Wei sebagai pemain no 1 dunia
-dan juga Dato Nicol Ann David
-penglibatan Malaysia dalam sukan permotoran berprestij F1
-dan juga dalam MotoGP


Kita bakal menyaksikan perkembangan pesat sukan di Malaysia pada tahun 2010 dan sukan-sukan yang berkembang ini diharapnya dapat membantu memperkembangkan juga sukan-sukan yang lain.Mungkin kita dapat melihat perkembangan sukan rali , ping pong , olahraga dan lain-lain lagi. Walau apa pun , kita tunggu dan lihat.