BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 29, 2009

Kehidupan Seorang Remaja

Fitrah setiap remaja untuk berseronok dan bersuka ria. Saat bersama rakan-rakan merupakan detik keemasan untuk mengecapi keseronokan.Pergi menonton wayang, main boling , snuker , melepak , membeli belah , jamming , main permainan video adalah antara waktu berseronok. Tidaklah salah untuk berseronok kerana itu adalah fitrah remaja dan manusia amnya.

Apa yang salahnya ialah menjadikan setiap detik itu untuk berseronok. 24 jam bukan diperuntukkan untuk berseronok sahaja. 24 jam yang Allah berikan kepada kita itu harus dibahagikan kepada masa untuk belajar , bekerja , berseronok , makan , berehat , dan tidur.

Remaja harus sedar bahawa mereka bakal menjadi seorang dewasa dan akan bekerja. Remaja adalah modal insan yang amat bernilai untuk negara. Remaja adalah tenaga kerja yang menggerakkan kemajuan negara. Bahkan , dalam keadaan ekonomi di Malaysia pelabur asing tidak mahukan keluasan pasaran. Mereka mahukan modal insan berkemahiran tinggi dan memiliki nilai tambah yang jitu untuk memajukan perniagaan mereka.

Oleh itu , remaja haruslah bersedia untuk menghadapi hari sebagai seorang dewasa. Waktu menjadi seorang remaja haruslah dipenuhi dengan mempelajari ilmu-ilmu baharu , melengkapkan diri dengan berbagai-bagai kemahiran , memantapkan pemikiran kritis dan kreatif , serta memayungi diri dengan nilai integriti yang tinggi. Remaja tidak harus memenuhi masanya dengan berseronok sahaja.

Janganlah nanti salahkan kerajaan kerana tidak membantu siswazah yang menganggur. Diri sendiri yang salah , jangan nak salahkan orang lain.

Thursday, December 24, 2009

Antara Benar dan Salah

Kita pasti pernah dengar perkataan WAHABI. Perkataan itu selalu dituturkan kini dan menjadi buah mulut masyarakat. Semuanya bermula dengan penangkapan mantan mufti Perlis, Dr.Asri Zainal Abidin yang ditangkap kononnya menyebarkan fahaman wahabi dan berceramah tanpa tauliah.

Orang menuduh beliau wahabi sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu wahabi. Tidak perlulah saya menyatakan asal usul wahabi itu kerana banyak maklumat yang boleh diperoleh dalam internet sendiri. Saya melihat situasi yang berlaku adalah pertembungan antara ilmu dan ilmu. Dr. Asri adalah tokoh tajdid(pembaharuan) yang amat disegani. Idea-idea yang dibawanya menjurus ke arah membetulkan akidah , amalan-amalan bidaah dan yang menyimpang dari syariah. Amat bagus tindakan beliau.

Namun , apabila idea yang dibawa itu berlainan dengan amalan kebiasaan di malaysia ini , terus beliau dituduh wahabi. Ini adalah adab yang salah. Ilmu harus bertembung ilmu , dalil dengan dalil, fakta dengan fakta, bukannya ilmu dengan emosi. Apabila ilmu bertemu emosi, maka inilah jadinya. Penuduhan secara melulu. Ini menampakkan si penuduh ini kecetekan ilmu. Tiada ilmu , maka digunakan saja emosi untuk melawan pendapat yang berbeza.

Qatadah pernah berkata "Barangsiapa yang tidak mengenal ikhtilaf(perbezaan pendapat) , maka dia belum mencium bau fiqh dengan hidungnya". Ini menunjukkan penuduh wahabi bukan saja cetek ilmu bahkan jauh dari ilmu fiqh. Dalam kajian kasar saya , saya melihat golongan yang menolak idea Dr. Asri secara total adalah golongan konservatif. Mereka terikat dan berpegang teguh kepada kepercayaannya tanpa was-was. Mereka banyak bertaqlid daripada berfikir dan mencari dalil. Golongan yang mendukung idea-idea Dr. Asri pula adalah golongan yang banyak berfikir secara rasional dan matang. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional.

Dalam apa-apa jua perbezaan pendapat , kita harus berlapang dada. Mungkin ada yang salah dalam idea Dr. Asri dan mungkin juga ada yang betul. Dalam amalan masyarakat kita pun begitu juga. Ada yang salah dan ada yang betul. Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh. Jangan hendak menuduh orang dengan gelaran yang bukan-bukan.

Wednesday, December 23, 2009

Undang-undang Sihir

Cadangan undang-undang sihir pada "Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis" anjuran Jabatan Mufti Selangor telah mendapat reaksi masyarakat awam. Sememangnya diakui undang-undang ini amat diperlukan memandangkan jenayah sihir berleluasa dan tidak ada undang-undang yang menghalangya.

Sihir adalah satu perkara yang abstrak dan sukar untuk membuktikan perbuatan jenayah. Oleh itu, undang-undang yang hendak digubal perlu diberi kajian terperinci oleh semua pakar tokoh akademik mahupun agama. Sebelum undang-undang digubal, elok sekiranya kerajaan mewujudkan satu institusi yang mengumpulkan semua golongan pakar pengamal ilmu batin.

Golongan inilah yang nanti akan mengesahkan,mencari dan membuktikan jenayah sihir. Mereka ini juga akan mengadili jenayah sihir di mahkamah. Namun , sebelum itu mereka ini perlu diberi kursus sepenuhnya agar mereka dapat mengadili mengikut tataetika seorang hakim yang bertauliah. Inilah masanya untuk kita melihat pengamal ilmu batin di kampung-kampung untuk memperlihatkan kepakaran mereka kepada masyarakat. Kita juga akan dapat melihat mereka ini bertindak sebagai seorang profesional. Tidak keterlaluan untuk kita menyamakan taraf mereka dengan seorang hakim atau peguam.

Walau apa pun, banyak lagi perkara yang perlu diteliti untuk menangani jenayah ilmu hitam. Isu ini perlu diberi perhatian serius agar amalan sihir dapat dibendung.

Monday, December 21, 2009

Surat Khabar Hilang Kredibiliti

Baru-baru ini seorang penulis di ruangan artikel dalam Utusan Malaysia telah menarik diri daripada menulis gara-gara laporan polis yang diajukan kepada beliau. Semuanya bermula apabila beliau menulis artikel yang berkisar tentang keadaan orang india di negara india. Orang india di india katanya sangat teruk. Macam-macam masalahnya. Persekitaran yang sangat tidak bersih , kebisingan mulut si isteri dan macam-macam lagi.

Artikel tersebut bukanlah bertujuan untuk menghina orang india di malaysia keseluruhannya tetapi diajukan kepada seorang wakil rakyat india. Semua yang diceritakan dalam artikel tersebut bukannya omongan kosong sebaliknya adalah fakta yang benar. Fakta tetap fakta. Fakta adalah benar. Kalau salah, auta.

Soalnya, kenapa orang india hendak marah sedangkan penulis tersebut telah nyatakan artikel itu ditujukan kepada seorang individu sahaja? Dan adakah artikel tersebut bersifat perkauman? Sedangkan dalam akhbar Utusan Malaysia, penulis-penulisnya ada juga yang mengkritik Barisan Nasional dan UMNO. Yang bersifat perkauman ialah akhbar-akbar india dan cina terutamanya cina. Akhbar cina adalah akhbar ultra kiasu sepertimana Dr. Ridhuan Tee katakan.

Ruangan ini tidaklah berniat untuk membangkitkan sentimen perkauman tetapi cuma sekadar ingin menyampaikan idea secara matang. Saya hanya risaukan orang melayu dipijak di bumi sendiri.

Sunday, December 20, 2009

KLCC

Baru-baru ini saya pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari beberapa buah buku yang saya inginkan. Saya bertekad untuk mencarinya di KLCC. Setibanya saya di sana saya dapati suasana yang sama apabila musim cuti persekolahan. Orang pasti ramai dan kedai-kedai di situ semuanya laku walaupun mahal. Namun, ada beberapa perkara yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Yang pertama, ramai betina-betina melayu yang sangkut dengan negro. Bukannya sepasang dua tetapi ramai. Hairan kerana ramai lagi jantan-jantan melayu yang romantik dan putih. Kenapa boleh bercinta dengan jantan hitam legam? Nampaknya kita akan dapat lihat kemudian anak-anak melayu-negro.

Yang kedua, fenomena kahwin dengan dato' atau orang berumur. Saya dapat lihat isteri muda ini bukannya mahukan kasih sayang pun sebenarnya.Mereka hanya mahukan duit untuk membeli barangan berjenama. Perkara ini berlaku di depan mata saya sendiri.

Harapnya perkara ini tidak berlaku terhadap gadis-gadis di desa.

Friday, December 18, 2009

Maju Dunia Maju Akhirat

Kerajaan terutamanya pada era pemerintahan Dato' Seri Najib Abdul Razak, giat menjalankan modenisasi. Pelbagai agenda telah direncanakan untuk kemajuan negara Malaysia. Usaha bersungguh yang ditunjukkan oleh kerajaan memang wajar dipuji.

Namun dalam kesibukan merencanakan agenda untuk rakyat , hal-hal rohani atau akhirat tidak boleh dianak tirikan. Kita sering dengar kerajaan hendak mempertingkatkan taraf hidup rakyat tetapi adakah kita mendengar kerajaan hendak mempertingkatkan akhlak dan iman umat Islam? Kalau ada pun hanyalah beberapa sahaja. Itupun setakat mengadakan forum atau aktiviti-aktiviti yang membosankan.

Jikalau kerajaan boleh bersungguh-sungguh untuk mencegah rasuah dan jenayah jalanan, mengapa kerajaan tidak boleh pula bersungguh-sungguh untuk memantapkan akhlak remaja kita? Kita sendiri sudah tahu betapa buruknya akhlak remaja kita. Mereka ini pasti boleh dilihat setiap hari di kawasan-kawasan yang sama seperti Bukit Bintang. Mereka ini tidak lain tidak bukan hanyalah melepak dan berpeleseran.Kalau sudah tahu di mana kebanyakan remaja berada, mengapa tidak mengambil kesempatan itu untuk mengadakan aktiviti yang boleh memperbaiki akhlak mereka?

Bagi memperbaiki akhlak remaja secara total , peruntukan yang besar amat diperlukan. Penulis yakin ibu bapa tidak kisah kerajaan mengeluarkan bajet yang besar untuk menangani akhlak remaja. Mereka bukan sahaja menginginkan anak-anak mereka berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.

Tuesday, December 15, 2009

Subjek Agama Islam

Sejak Ordinan Pelajaran 1960 dibentuk, subjek agama Islam menjadi subjek yang wajib diajarkan di semua sekolah am yang kemudiannya bertukar menjadi sekolah kebangsaan. Pada mulanya subjek agama islam diajar hanya apabila ada seramai 15 pelajar melayu. Lama-kelamaan pelajar melayu meningkat dan akhirnya subjek agama islam diajar di semua sekolah kebangsaan.

Silibus subjek agama islam merangkumi perkara-perkara asas dalam agama islam. Pelajaran ini cukup untuk membekalkan ilmu-ilmu asas agama kepada pelajar. Walau bagaimanapun, silibus itu kini tidak sesuai lagi dengan keadaan dunia sekarang. Jikalau dahulu, pelajar-pelajarnya taat dan kuat berpegang kepada agama. Apabila diajar saja, mereka akan ikut. Apabila masyarakat kini melalui arus kemodenan dunia, mereka susah untuk mengikut sahaja. Kita dapat lihat pelajar-pelajar sekarang, semua ilmu agama cukup diajar di sekolah tetapi tidak langsung mengamalkannya ataupun mengamalkannya sedikit saja. Antara perkara yang dapat kita lihat ialah :

-di sekolah pakai tudung, di luar buka tudung
-di sekolah pakai seluar panjang , di luar pakai seluar pendek
-di sekolah berasrama solat dijaga , di rumah solat nak taknak je
-di sekolah berasrama tidur 6,7 jam , di rumah dah tengahari baru bangun

Tidak dinafikan bahawa zaman yang kita lalui ini adalah akhir zaman. Malah sudah ada pun cerita atau filem yang berkisar tentang hari kiamat. Walau pun begitu , sebagai sebuah negara yang majoritinya umat islam , maka adalah wajar sekiranya kerajaan mengubah cara pengajaran subjek agama islam.

Pengajaran subjek agama islam kini perlu diberi penekanan kepada penghayatan dan pengamalan agama islam berbanding teorinya sahaja. Kita tidak mahu generasi umat islam akan datang hebat ilmunya tentang agama islam tetapi lemah dari segi penghayatan dan pengamalannya.

Budaya Tolak Ansur Terlampau

Seringkali kita melihat masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu berkata "Alaa , Laa , Rilekslaa , Boley laa ". Dalam keadaan tertentu, kita mungkin terpaksa bertolak ansur.Misalnya apabila pelajar hendak memujuk gurunya untuk menaikkan markahnya apabila markahnya hampir-hampir hendak dapat A atau A+. Dalam keadaan ini, mungkin kita melihatnya sebagai satu perkara yang normal dan tidak ada salahnya. Cuma satu dua markah sahaja yang diinginkan oleh pelajar tersebut. Akan tetapi, dalam keadaan yang lain pula, kita tidak boleh bertolak ansur langsung walau sedikit pun. Sebagai contoh, ada seorang lelaki membuang sampah di jalanan dan ada pula orang yang menegurnya. Pasti lelaki tersebut akan berkata, "ala, rilek laa nanti cleaner sapu la. Kalau tak pun hujan turun nanti hilang laa". Itulah perkataan yang sering kita dengar dari mulut masyarakat kita. Soalnya sekarang , adakah boleh kita bertolak ansur? Sudah tentu tidak. Dalam hal-hal yang mendatangkan keburukan dan kecelakaan, kita tidak dibenarkan untuk bertolak ansur seperti mana yang terkandung dalam agama. Dalam contoh yang lain pula, ada sepasang kekasih dan si lelaki ingin menyentuh si perempuan. Adalah amat tidak wajar apabila si lelaki berkata " sentuh je, bukannya buat apa pun. Yang ringan-ringan je". Inilah yang berlaku pada masyarakat kini. Yang haram akan selama-lamanya haram, yang buruk akan selama-lamanya buruk. Agama tidak pernah menghalalkan perkara yang haram kecuali dalam keadaan yang tertentu atau darurat. Begitulah resamnya. Arak tidak boleh minum walaupun sedikit, meniru tidak boleh walaupun sedikit, menipu tidak boleh walaupun sedikit. Ternyata perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan adalah tidak dibenarkan untuk bertolak ansur melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan sahaja.